citaku lab
Wednesday, June 10, 2009
Bintang Berkelipan
ini gambar bintang berkelipan di langit .Cikgu shukri meyuruh kami membuat poster ,corak,melukis menggunakan smoothdraw.
sekian terima kasih
Sejarah sekolah
Mengikut pendapat seorang penduduk (Md. Desa b. Omar) yang bersekolah pada 1.12.1896, tapak bangunan sekolah ini adalah tapak asal. Bangunan ini berbumbungkan atap nipah dan berdindingkan pelupuh.
Pada 1906, mengikut rekod (JKR 1625) , murid-murid perempuan mula bersekolah di sini. Mereka belajar di rumah Guru Besar ketika itu yang bernama Pn Misah bt. Said.
Rumah tersebut telah disewakan oleh kerajaan kira-kira setengah batu dari sekolah yang ada sekarang. Menurut cerita anak Guru Besar tersebut, En Ahmad b. Said guru penolongnya bernama Pn Hjh Rafeah bt. Ishak.
Pada 1924, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya memanggil guru-guru berkhdimat di sini.
Pada 1926, Bangunan tersebut telah dipindahkan ke tempat sekarang ini.
Pada 1934, murid lelaki dan perempuan belajar bersama. Mereka belajar dalam bahasa rumi.
Pada 4 Mei 1959, sekolah beratap nipah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru.
Pada 7 Oktober 1959, Projek pembinaan sekolah baru dimulakan.
Pada 23 Jun 1960, sekolah baru siap didirikan dan dirasmikan pada 26 Jun 1960 oleh Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan iaitu En Izhab b. Alang Ismail.
Pada 19 Jun 1968, sebuah kantin sekolah siap didirikan bersebelahan dengan bangunan yang ada sekarang.
Pada Oktober 1973, sebuah bangunan tambahan didirikan dan beroperasi pada Januari 1975 dan sebuah lagi bangunan baru 3 tingkat didirikan dan siap pada Disember 1994.
Kini 2003, jumlah murid-murid menjangkau 400 orang dan guru serta kakitangan berjumlah 26 orang.
Asal usul perkataan KOROK.
Sungai Korok berasal daripada sebatang sungai yang telah dikorek pasirnya dan dibina semula oleh seorang taukeh kilang padi yang bernama Loh Ah Lian.
Lesung menumbuk padi kilang tersebut menggunakan kuasa air untuk menjalankannya dan air sungai tersebut mengairkan kawasan sawah padi yang beratus ekar luasnya.
Menurut seorang guru bersara iaitu Tn Hj. Md Ghazali b. Hj.Hamzah (65 tahun),
"Perkataan Korok sebenarnya berasal daripada perkataan korek dan disebabkan lidah orang-orang Jawa (yang telah melarikan diri dari penindasan bekerja di ladang kelapa sawit), Sungai Korek bertukar menjadi KOROK dan sebab itulah disebut Sungai Korok."
"Wallahuallam".....
Memori SK.Sg.Korok mengikut zaman
Jimat cermat
Tuesday, June 9, 2009
Monday, June 8, 2009
PEGALAMAN MEGIKUTI CITAKU KEM
Pada hari pertama cikgu shukri megatur tempat duduk kami .Pada hari kedua kami berlakun .Pada hari ketiga kami membuat Movie Maker masing -masing.Pada hari keempat kami megubah suai Movie Maker kami.Pada hari kelima kami membentang movie maker kami . Pada minggu kedua kami membuat blog masing -masing.
hari isnin kami mendaftar blog masing-masing .hari selasa kami menghias blog kami .hari rabu kami membuat flash dan bubuh kedalam blog.Nanti
TERIMA KASIH BANYAK -BANYAK KEPADA CIKGU SHUKRI. KERANA DIA MEN
GAJAR
Sunday, June 7, 2009
MY BIODATA
Nama saya :Muhamad Izzan bin Said .Umur saya :11Tahun.Alamat rumah:185,MKD,JALAN BARU BALIK PULAU PULAU PINANG.SAYA LAHIR DIHospital besar Pulau Pinang.
saya seorang yang sederhana ,saya bercita -cita menjadi makanik kereta.Impian saya hendak pergi ke angkasawa :Hari jadi saya5/September/1998.Ayah saya berkerja kilang sebagai HR. Emak saya suri rumah.
nama ayah:Said bin Mohamad
nama ibu :Ismaiyah binti Ismail
nama abang: hasrul bin said
nama kakak:Sazwani binti Said
Hobi:main komputer
sekolah:SK SUNGAI KOROK
Bangsa:melayu
Warganegara:Malaysia
Kawan karib:AKMAL,ADAM,SABRI,DAN orang lain
Cikgu yg baik :Cikgu SHUKRI